Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM) menjawab tuduhan palsu di laman forum al-fikrah.net secara TERBUKA.

July 29th, 2010 by panjialam No comments »

Semenjak penubuhan Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM), persatuan silat ini tidak pernah sunyi daripada tuduhan dan fitnah yang dilemparkan pelbagai pihak yang memanipulasikan isu demi kepentingan peribadi di internet khususnya laman blog dan forum. Tujuan utama mereka adalah untuk meraih publisiti murahan kerana ingin bersaing dengan beribu – ribu laman forum yang sedia ada.
Tuduhan terbaru mengatakan bahawa PSSGMM mengamalkan ajaran sesat (amalan kebatinan yang tiada dalil serta syirik & khurafat) di laman forum al-fikrah.net

Oleh yang demikian, PSSGMM mengambil inisiatif menjawab segala tuduhan secara terbuka di salah sebuah universiti terkemuka tempatan. PSSGMM akan turut mengundang beberapa tokoh agama tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk memberi ulasan dan pandangan berkenaan isu tersebut di atas. Turut diundang adalah wakil media tempatan supaya penjelasan isu ini dapat disebarkan kepada umum secara lebih berkesan.

Ini merupakan langkah yang kami fikirkan  paling berkesan supaya PSSGMM terus berkembang dengan baik di negara ini dengan misi utamanya sejak sekian lama iaitu “berdakwah melalui 2 kalimah syahadah” .

Kesesatan akidah al-fikrah.net @ al-fitnah.net

July 28th, 2010 by panjialam 2 comments »

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat datang kami ucapkan kepada semua pengunjung Laman Blog Rasmi Gayong Maarifat Group.

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM) adalah sebuah persatuan yang berkait rapat dengan Gayong Maarifat Group. Adalah menjadi suatu tanggungjawab kami membela maruah PSSGMM apabila ada pihak luar yang cuba “menangguk di air yang keruh” atau mengambil kesempatan dengan memburuk – burukkan nama organisasi ini.

Sememangnya tidak dinafikan banyak pihak yang berusaha mensensasikan kegiatan PSSGMM kerana persatuan ini sering mendapat publisiti secara meluas di media massa sebagai contoh ; Majalah 3 (TV3), Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan akhbar – akhbar tempatan.

Pada 24 Ogos 2009, seorang yang dikenali dengan nama pengguna (username) faizalsaedon menyebarkan fitnah (yang pada mulanya kelihatan seolah – olah bertanya) di ruangan forum yang tidak begitu terkenal (dengan pengguna baru mencapai kurang daripada 10 000 pengguna- iaitu hanya kira – kira 20 % dan yang selebihnya adalah bots @ pengguna palsu) iaitu al-fikrah.net.

Topik perbincangan bermula apabila faizalsaedon (seperti gambar di bawah) meminta “pencerahan” berkenaan ilmu PSSGMM tetapi kemudian melencong kepada menyelamatkan sahabat – sahabatnya yang dikatakan sebagai “tersangkut” di dalam PSSGMM dan kekeliruan ahli PSSGMM tentang akidah mereka sendiri (seperti gambar dibawah). Kemudian perbincangan melencong sekali lagi dengan faizalsaedon mengatakan PSSGMM mengamalkan kepercayaan karut.

Pihak PSSGMM telah menyatakan kesediaan untuk menerangkan & memberikan penjelasan yang sebenar tentang amalan & ilmu PSSGMM secara jelas dan detail di Pejabat Urusan Gayong Maarifat Group (No. 49, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves, Selangor) beserta dengan demonstrasi penggunaan ilmu PSSGMM.

Beberapa pengguna (forumer) lain turut masuk campur dengan mengeluarkan dalil serta bercerita tentang pengalaman masing – masing belajar silat yang melibatkan penggunaan jin.  Perbincangan disertai oleh forumer lain yang semakin yakin bahawa PSSGMM mengamalkan ilmu yang melibatkan penggunaan jin @ syirik.

Walaupun telah beberapa kali diminta oleh wakil guru datang berjumpa secara bersemuka atau menghantarkan sekurang – kurangnya wakil untuk membincangkan masalah ini supaya hasil perbincangan dapat dijelaskan semula di dalam forum (supaya tidak menjejaskan nama PSSGMM) mereka masih menolak.

Pihak PSSGMM sekali lagi cuba berdiplomasi dengan mengatakan bahawa pihak JAKIM tidak pernah memasukkan PSSGMM dalam senarai ajaran sesat. Mereka menafikan dengan alasan bahawa JAKIM (sebagai sebuah agensi kerajaan berkemungkinan terlibat dengan syubhah atau rasuah).

Akhirnya pihak PSSGMM sekali lagi mengajak supaya mereka dapat datang ke pejabat urusan untuk berbincang secara baik atau mereka sendiri menjalan siasatan (sebagai orang yang berilmu dan tidak terlibat dengan syubhah seperti pegawai – pegawai JAKIM).

Mereka akhirnya memberi alasan bahawa jika mereka datang ke pejabat urusan untuk melakukan siasatan pasti pihak PSSGMM akan menyembunyikan bukti (PSSGMM terlibat dalam isu penggunaan jin @ penyelewengan akidah) dan penyiasat @ wakil mereka tidak berkemahiran dalam menyiasat perkara sebegini dan akan melencong memerhati perkara – perkara yang tiada kaitan dengan isu seperti yang disebutkan di atas.

*** Alangkah peliknya, kerana mereka ini pada mulanya mengaku berilmu sehingga mengatakan dengan ilmu mereka boleh menegur kesilapan yang dilakukan oleh pihak JAKIM kemudian mengatakan mereka tidak berkemahiran melakukan sisatan yang ingin mereka lakukan terhadap PSSGMM.

Perbincangan ini amat mengelirukan orang awam yang mencari  maklumat berkenaan PSSGMM di internet (apabila terjumpa perbincangan seperti ini). Apabila kekeliruan mula berlaku mereka akan menyuntik fahaman mereka secara perlahan – lahan.

faizalsaedon

Disini boleh dilihat dengan jelas usaha mensensasikan isu (yang belum ditentukan kebenarannya) tersebut oleh pihak pentadbiran forum. Mungkin ini adalah salah satu cubaan untuk menarik lebih ramai pengguna menyertai laman mereka supaya lebih mudah untuk menyebarkan fahaman wahabiah @ salafi – sila lihat ruang iklan  di sebelah kiri yang betulis “Keliru ?? Kompilasi rujukan tentang fahaman Wahabi”.

Sedikit maklumat tentang fahaman ini dan ciri – cirinya ;

WAHHABIYYAH (Salafiyyah-Ibn Taimiyyah)
· Isu Wahhabbiyyah telah dibawa beberapa kali ke dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.
· Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun fatwa tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat malah masih termasuk di kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

· Adapun doktrin yang melampau di dalam aqidah sehingga menjisimkan Allah SWT dengan perkataan-perkataan yang jelas seperti golongan Karramiyyah atau mencaci dan menghina pegangan kepada mazhab adalah dilarang dan terkeluar daripada prinsip Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Karakteristik yang ada di laman web al-fikrah.net

UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa dan lain-lain.

Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

Sila lihat tagline “Jalan hidup golongan yang selamat” pada logo forum.


Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah.

Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.

Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).

Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah SAHAJA.

** Ini terbukti apabila salah seorang daripada mereka yang terlibat mengatakan begini ;

Ahli Setia : “Akidah kami Allah di langit”.

(Gambar asal “print screen” dari laman tersebut telah di padam oleh pihak pengurusan forum)

Tujuan mereka memadamnya adalah kerana mereka berasa telah tewas kerana mereka hanya ada satu hadis yang mengatakan Allah di langit. Mereka kemudian menyandarkan hadis berikut sebagai alasan .

kesesatan warga al-fikrah.net

Dan jawapan kami seperti berikut ;

Tuhan dimana ??

1. Surah Al A’raf Ayat 54 (cetakan jawi muka surat 285-286)

Yang bermaksud : 54. sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy, Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras silih berganti dan Dia pula yang menciptakan matahari dan bulan serta bintang-bintang, semuanya tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan sekalian makhluk dan urusan pemerintahan, maha suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam

2. Surah Yunus Ayat 3 (cetakan jawi muka surat 377)

yang bermaksud : 3. sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan, tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya, yang bersifat demikian itulah Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan keadaan kamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya, patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

3. Surah Ar Ra’du Ayat 2 (cetakan jawi muka surat 465)

yang bermaksud : 2. Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan Dia memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk-makhlukNya, tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah Yang mentadbirkan Segala urusan; ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

4.  Surah Taha Ayat 5 (cetakan jawi muka surat 633)

yang bermaksud : 5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

5. Surah Al Furqan Ayat 59 (cetakan jawi muka surat 768)

yang bermaksud : 59. Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu kepada Yang mengetahuinya

6. Surah As Sajdah Ayat 4 (cetakan jawi muka surat 892)

yang bermaksud : 4. Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang Penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

7. Surah Al Hadid Ayat 4 (cetakan jawi muka surat 1207)

yang bermaksud : 4. Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

MUNGKIN  KERANA KAMU TERLALU MENDABIK DADA DENGAN ILMU SECIPUT YANG KAMU ADA .. MENGHUKUM MANUSIA SESUKA HATI .. ALLAH MENIMPAKAN KIFARAH KE ATAS KAMU; ILMU KAMU TIDAK BERMANFAAT & TIDAK DAPAT MENOLONG KAMU ATAU MEMPERBAIKI AKHLAK KAMU.

Kalau belum kenal Allah tak lah hebat mana pun ..

kesesatan puak wahabi (salafiah sesat) di Malaysia

Pihak Gayong Maarifat Group akan mengambil tindakan yang sewajarnya melalui prosedur  undang – undang ke atas individu – individu yan terbabit kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan fitnah dan hasutan terhadap Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM). Tindakan saman malu  akan diambil sekiranya perkara seperti yang dinyatakan dibenarkan berlaku oleh pemilik laman berkaitan.

Pengambilan Aperantis Akademi Gayong Maarifat Sesi 2010/2011

July 7th, 2010 by panjialam No comments »

Pengenalan

Akademi Gayong Maarifat telah ditubuhkan pada 2010 dengan matlamat untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Akedemi ini melibatkan latihan amali dan praktikal dalam pelbagai bidang iaitu ilmu beladiri (persilatan), kemahiran (bidang jahitan, bidang pembinaan, bidang pembuatan dan bidang perniagaan).

Syarat pengambilan & kelayakan ;

-  Terbuka kepada lelaki & wanita berumur 16 tahun ke atas.
-  Beragama Islam.
-  Sihat tubuh badan (tidak cacat).
-  Sanggup memberi komitmen & berdisiplin.
-  Asrama & makan minum disediakan secara percuma.
-  Mereka yang berjaya menamatkan kursus akan diserapkan ke jabatan – jabatan khusus dalam    syarikat Gayong Maarifat Group of Companies mengikut pengkhususan dalam bidang masing -    masing.

Pengambilan hanya terhad kepada 100 hingga 200 orang . Jangkamasa kursus adalah selama 1 tahun.

Cara permohonan;

Sila hantarkan permohonan (surat rasmi) beserta gambar berukuran I/C ke alamat ;

Pusat Perhubungan Antarabangsa Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia,
No. 49, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves,
61800 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Unit Pengambilan Akedemi Gayong Maarifat)

Tarikh tutup permohonan ; 31 Oktober 2010

Calon – calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Adakah ini anak murid Tuan Guru Haron Din ??

April 20th, 2010 by panjialam 1 comment »

Assalamualaikum ..

Kepada saudara – saudari pelawat sekalian, pada 18 haribulan April 2010 telah berlaku satu fitnah besar yang disebarkan melalui internet  oleh seorang yang digelar “ustazdari salah sebuah cawangan Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) yang juga mengaku bahawa beliau adalah merupakan ” anak murid kepada anak murid Tuan Guru Haron Din . Di bawah adalah imej yang berjaya dirakam  di blog ustaz tersebut .

ustaz dengan berani melemparkan tuduhan bahawa Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat mengajarkan ilmu yang melibatkan penggunaan jin tetapi apabila dihubungi oleh Guru Utama PSSGMM (melalui telefon) beliau mengatakan itu adalah semata-mata pendapatnya sahaja.

Setelah dinasihati akhirnya ustaz bersetuju memadam“posting fitnah” tersebut dan memohon maaf secara terbuka.

JADIKAN PERKARA DIATAS SEMPADAN & TAULADAN TERUTAMANYA KEPADA MEREKA2 YG ALLAH SWT PINJAMKAN ILMUNYA & JGN DIGUNAKAN ILMU YG SEDIKIT TERSEBUT BAGI TUJUAN PERIBADI APATAH LAGI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAIBKAN SESEORG, INGAT PERANAN ILMUAN BUKAN BERTUJUAN MENCARI KESALAHAN & KESILAPAN ORG LAIN, SEBALIKNYA MEMPERBETULKAN PERMASALAHAN YG DIRASAKAN SALAH @ SILAP DARI SUDUT ILMU ITU & BUKAN BERSIFAT NAFSU NAFSI SEPERTI YG KEBANYAKANNYA BERLAKU. KAMI DARIPADA PSSGMM YG MEMPUNYAI KEAHLIAN PULUHAN RIBU ORG (AHLI) BUKAN SEMUANYA BODOH UTK MENILAI MANA YG BURUK & MANA YG BAIK, MUNGKIN ADA DIANTARA KAMI LEBIH (DIANUGERAHKAN ILLAHI) ILMUNYA DARIPADA MEREKA2 YG KERAP MELONTARKAN TUDUHAN2 YG TIDAK BERDASARKAN ILMU YG SEWAJARNYA…INGAT! BALASAN ALLAH SWT KEPADA MEREKA2 YG MENABUR FITNAH : BALASANNYA AMAT PEDIH! MENYESAL DAHULU PENDAPATAN MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA! KEPADA YG TELAH TERSILAP @ TERSALAH MEMFITNAH @ MENGELUARKAN FATWA SENDIRI KEPADA KAMI (ILMU) INI, SEGERALAH MEMOHON MAAF & BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT. INGAT DOSA YG DILAKUKAN KEATAS MANUSIA YG LAIN SEKIRANYA TIDAK DIAMPUNKAN OLEH MEREKA YG BERKENAAN MAKA TIDAK JUGALAH DIAMPUNKAN ALLAH SWT & TGGU SAJALAH BALASANNYA DIAKHIRAT NANTI! & AKHIRNYA KAMI MENYERU PARA2 ILMU YG SANGSI SERTA INGIN TAHU LEBIH MENDALAM BERKENAAN DENGAN ILMU & AMALAN YG ALLAH SWT PINJAMKAN KEPADA KAMI INI, BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN KAMI, KECIK TAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN..SESUNGGUHNYA SETIAP KEBAIKAN ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT & KELEMAHAN & KEKURANGAN ITU DATANGNYA DARIPADA DIRI (KITA @ MANUSIA) ITU SENDIRI…MUHASABAH DIRI & RENUNGKAN KEDUDUKAN KITA DISISI ALLAH SWT…WASALAM UTK SEMUA SAUDARA2 YG BERKALIMAHKAN ALLAH HU AKBAR & SAHADAHNYA.

FITNAH YANG DISEBARKAN

PERMOHONAN MAAF

Mandi Adat di Kuala Lipis 06 – 07 / 02 / 2010

February 22nd, 2010 by panjialam No comments »

KESAKSIAN ATAU KESAKTIAN

January 25th, 2010 by panjialam 1 comment »

Malu Bertanya Sesat Jalan, Salah Bertanya Tak Jumpa Jalan

Artikel kali ini menyentuh tentang isu kesaktian ilmu kebatinan Islam khususnya di Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia, asal – usul penyebaran, sebab – sebab kewujudannya di dunia Melayu serta kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri.

Jika anda adalah  seorang yang masih tercari – cari tempat untuk belajar ilmu kebatinan dan merujuk maklumat daripada internet, pastinya anda akan terjumpa insan – insan yang senasib dengan anda yang bertanya di forum – forum tentang ilmu kebatinan . Jika yang memberikan jawapan adalah seorang yang berilmu dan berkelayakan pasti jawapan yang diberikan mengandungi hikmah dan memuaskan hati yang bertanya.

Akan tetapi, amatlah berbahaya jika jawapan yang anda perolehi datangnya daripada orang yang tidak mempunyai kelayakan apatah lagi pengalaman pastilah jawapan tersebut hanyalah sekadar berbentuk pandangan sahaja dan akan mengelirukan.

Nasihat kami, tanyakanlah kepada mereka yang benar – benar berkelayakan iaitu guru ilmu kebatinan tersebut.  Teruskan membaca ..


JAWAPAN PIHAK PANEL KEMUSYKILAN AGAMA, JAKIM MENGENAI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA (PSSGMM)

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia adalah sebuah pertubuhan silat yang berdaftar di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan nombor pendaftaran KDN 1176, dinaungi oleh KDYTM  Tengku Abdullah Al – Haj Ibni Sultan Hj. Ahmad Shah.  Naungan diraja ini  pastinya bukan didapati dengan mudah, pelbagai siasatan telah dilakukan oleh pihak Istana Negeri Pahang untuk memastikan bahawa pihak istana tidak menaungi sebuah pertubuhan sesat. Ini adalah kerana maruah institusi beraja akan dipersoal jika istana menaungi sebuah pertubuhan sesat.

Persoalan ilmu kebatinan sebenarnya adalah persoalan minda, bagi yang berpendidikan barat pastinya teori-teori saintifik barat yang kebanyakannya berpaksi kepada pemikiran ala athies, dimana konsep tuhan yang berkuasa atas segala-galanya ditolak, malah kewujudan tuhan itu sendiri dianggap tidak logik.

“Science does not explain everything it’s only describes them”

Dan bagi sarjana Islam yang berpaksi kepada amalan dan adat arab pula persoalan perkara mencarik adat dianggap bidaah, mereka mengaitkan perkara mencarik adat dengan kewujudan dan bantuan jin seolah-olah Allah SWT tidak berkuasa untuk menjadikan perkara mencarik adat.

Karamah para Aulia pula diperolehi dengan ? Adalah lebih tidak logik jika para Wali Allah mendapat bantuan atau berwasilah kepada jin untuk menzahirkan perkara mencarik adat. Para Wali ialah para salik ; para sufi yang menjalankan wirid khas untuk mencapai darjat yang dihajati iaitu Makam Redha  dan Diredhai oleh Allah SWT.

Amalan yang terdapat dalam Gayong Maarifat adalah amalan yang disusun oleh para ulama silam, tujuan utamanya adalah untuk mendekatkan diri pengamalnya kepada Allah SWT yang mana bila kita hampir disisiNya maka doa kita akan terus diangkat tanpa hijab. Tujuan mencarik adat hanyalah ujian bagi mereka yang berkehendak kepada dunia, disamping memperingati insan bahawa hanya Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

Buka lembaran Sirah Rasulullah S.A.W berkaitan sebab turunnya Surah Al-Falaq, apakah yang diwahyukan oleh Allah SWT supaya dibaca oleh Rasulullah SAW ketika keluar rumah sewaktu dikepung oleh 12 orang pemuda kaum Quraisy yang berniat membunuh baginda.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan sesuatu yang khusus utnuk tujuan tertentu, jadi mengapa persoalan wirid dan amalan zikir dalam perguruan silat dianggap bidaah dan batil.

Lembaran sejarah Kebatinan Islam di tanah Nusantara sebenarnya bermula dari zaman kedatangan Islam ke Nusantara Melayu pada abad ke – 13 masihi oleh ulama – ulama Islam berketurunan Rasulullah Muhammad SAW yang digelar Ahlul Baits. Pada waktu itu, ulama – ulama ini terpaksa berdepan dengan kesaktian sihir dan mandraguna pembesar – pembesar raja Melayu pada waktu itu yang beragama Hindu, Buddha dan Animisme.

Dalam misi  dakwah ulama – ulama ini terpaksa menzahirkan perkara yang mencarik adat dalam mangatasi sihir  pembesar – pembesar Melayu tersebut.

Apabila terbukti  ulama – ulama itu dapat mengatasi ahli  sihir tersebut, maka ramailah raja – raja Melayu pada waktu itu akur dan menghormai  ulama – ulama berkenaan. Maka ramailah raja – raja Melayu yang memilih untuk memeluk agama Islam dan diikuti oleh rakyat jelata di negeri masing – masing. Kejadian ini berlaku di Perlak, Pasai, Siak dan gugusan – gugusan kepulauan Melayu yang lain termasuk di Tanah Jawa. Sebagai contoh, di zaman kemunculan Wali Sembilan dimana ketika itu Ilmu Kejawen, Kanuragan dan kesaktian yang diangkat dari amalan Animisme, Hindu dan Buddha menguasai seluruh Tanah Jawa. Satu cara dakwah untuk membuktikan kebenaran Islam adalah dengan membuktikan bahawasanya agama Islam lebih hebat daripada agama – agama lain pada waktu itu.

Kesaktian dan Kanuragan ditentang dengan Karomah dan Maunah, maka agama Islam berjaya dikembangkan dengan baik keseluruh  bumi Nusantara.

Amalan zikir di Gayong Maarifat tidak akan menjadikan pengamalnya seorang wali dalam satu hari, segalanya bergantung  kepada sejauh mana ikhlas dan istiqomahnya seseorang itu melaksanakan amalan fardhu, sunat dan lain – lainnya .Segalanya bergantung kepada pengamal , walau tersyarat didalam adab Gayong Maarifat  tentang kewajiban melaksanakan solat dan lain – lain, ia hanyalah peringatan dan menjadi tanggungjawab kepada pengamal itu sendiri sekiranya adab itu dilanggar.

Gayong Maarifat adalah sebuah institusi yang mendidik akhlak sesuai dengan matlamat dan tujuan penubuhan persatuan ini. Jika persoalan adab itu diikuti dengan baik, maka dengan izin Allah SWT makin dekatlah pengamal itu kepada Allah, jika tidak maka kerugian itu berpihak kepada pengamal sendiri .

Di sini letaknya kewarasan fikiran, janganlah menjadi bangsa yang mudah label melabel, kerana sebahagian daripada sangkaan – sangkaan itu adalah dosa.

Kami mengalu – alukan pihak yang ingin bermuzakarah, agar lebih jelas kefahaman  anda dan bukan sekadar meneka dalam kesamaran tentang Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.

Pusat Perhubungan Antarabangsa,

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia,

No. 49, Jalan SM3, Taman Sunway Batu Caves,

61800 Batu Caves, Selangor,

Malaysia.

Question & Answer Session – Was Jesus Christ Crusified ? Islam Vs Christian debate – The truth will always win!

January 21st, 2010 by panjialam 2 comments »

This is a video of a Question & Answer session between  Sheikh Ahmed Deedad and Mr. Anis Shorrosh on 7th July 1985 in The Royal Albert Hall, London. Please watch carefully and judge for yourself.

Allah Humiliate Anis Shorrosh badly..

This is one example of how far people like shorrosh would go to deny the truth. He knew deep down in his heart that Islam is the truth but he choose ignore it (God knows why) and try to accuse the muslims and Islam.
To all christians out there, Islam & Muslim are not your enemy.

Prophet Muhammad Cartoonist (Kurt Westergaard ) Attacked

January 20th, 2010 by panjialam No comments »

Padan ngan muka !

Isu Penyalahgunaan Kalimah Allah Gereja Kristian Di Malaysia

January 17th, 2010 by panjialam No comments »

Baru – baru ini kita telah dikejutkan dengan satu isu yang telah menyebabkan berlakunya suasana yang agak tegang di Malaysia. Seperti kita maklum Mahkamah Persekutuan telah membenarkan pihak Gereja Khatolik untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mingguan mereka.

Ini telah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan umat Islam tanah air. Mereka menganggap ia satu bentuk penghinaan. Maka timbullah bantahan – bantahan jalanan dan yang lebih radikal timbul pula golongan ekstremis yang bertindak melampau dengan membakar gereja dan sebagainya.

Selama ini masyarakat Islam dan bangsa Melayu terlalu amat bertoleransi terhadap kepentingan bangsa dan agama lain, selama ini Malaysia berdiri teguh kerana sifat toleransi ini. Namun semenjak kebelakangan ini timbul banyak isu yang mirip provokasi supaya orang Melayu dan Islam bangkit melawan.

Label masyarakat barat terhadap umat Islam sebagai pengganas, agama yang mengajar perang, sedangkan hakikatnya Islam adalah agama yang amat mementingkan kedamaian.

Kita renung kepada waktu pembukaan kota Baitulmaqdis oleh Salahuddin Al-Ayyubi, kita dapat lihat toleransi beliau terhadap semua ahli kitab. Semua ahli kitab bebas menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing tanpa sebarang gangguan. Tetapi apa yang berlaku sekarang ? Segala toleransi umat Islam dibalas dengan penindasan penghinaan dan provokasi.

Dari provokasi ini timbul golongan yang tidak boleh hanya sekadar duduk diam, maka muncullah pelbagai organisasi dan kumpulan yang kononnya memperjuangkan umat Islam tanpa mempedulikan implikasinya terhadap maruah dan nama Islam. Akhirnya Islam dilabel sebagai pengganas.

Bagi para pencinta kedamaian, sesungguhnya golongan ekstremis ini tidak dapat disekat selama mana ada penindasan dan provokasi terhadap Agama Islam.

Allahuakbar!!

Kita balik ke tanah air, selama ini juga bangsa Melayu dan orang Islam menghormati budaya dan agama bangsa lain. Sebagai orang Melayu dan Islam kami hanya berharap penghormatan yang telah diberikan dan toleransi yang kami tunjukkan dibalas dengan sewajarnya.

Nasihat kami kepada semua orang Melayu dan Islam, jangan termakan provokasi yang dilempar, jangan cepat membantah dan membelakangkan undang-undang. Tunjukkan bahawa Bangsa Melayu dan Umat Islam lebih beradab dan bertamadun daripada mereka yang membalas tuba kepada susu yang kita berikan.

Program Penjanaan Jutawan Terhebat Malaysia Di Tahun 2010 anjuran Syarikat Gayong Maarifat Group Sendirian Berhad dan Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia ( PSSGMM )

January 16th, 2010 by panjialam 1 comment »

Program Penjanaan Jutawan Terhebat  Malaysia Di Tahun 2010 anjuran Syarikat Gayong Maarifat Group Sendirian Berhad dan Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia ( PSSGMM )

SMS 1176 melahirkan 1,000 Usahawan

Berjaya 2010

Bukan mustahil dan bukan perkara pelik hanya melalui Ilmu Tenaga Rohaniah anda boleh dapat “Duit Cara Mudah
.. Bagaimana?? Dimana ?? Tanyalah Kami..

Sertailah program “SAUDARA MENCARI SAUDARA” atau SMS1176 anjuran syarikat Gayong Maarifat Group Sdn. Bhd.

Dengan modal permulaan RM 300 dan RM 59 setiap bulan, anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya dengan memperolehi pendapatan RM 800, RM 1000, RM 35,000 setiap bulan.

duit

Program ini mudah disertai oleh mana-mana individu yang berminat dan bercita-cita untuk hidup senang, mewah dan gembira.
SMS 1176 bukan MLM, bukan SKIM CEPAT TIPU, tidak PERLU JUAL BARANG, tiada URUSNIAGA DIBUAT ….




Jadi bagaimana anda boleh dapat duit dengan cara mudah ??

Hadirilah seminar PERCUMA yang kami adakan pada setiap hari Sabtu (10 pagi hingga 1 petang) dan pada hari Ahad (2 petang hingga 5 petang) di pejabat Gayong Maarifat Group.
Bagi seminar di luar kawasan , sila hubungi kami :

Ibu Pejabat,

Gayong Maarifat Group of Companies,

No. 49, Jalan SM3,Taman Sunway Batu Caves,

68100 Batu Caves, Selangor,

Tel/Fax: +6 03 6184 2825

Apabila anda menyertai “SMS 1176″ anda akan memperolehi

  1. Ilmu Tenaga Rohaniah No. 1di dunia / Ilmu Tenaga Minda & Tenaga Dalaman insyallah mampu membantu mewujudkan keluarga bahagia, berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, membetulkan dan memulihkan perniagaan dan banyak lagi rahsia yang dapat diselesaikan melalui Kursus Sehari Tenaga Rohaniah.
  2. Produk keluaran Gayong Maarifat Group iaitu Kopi Pra Campuran Le’Runa Cafe Max, Air Minuman Tenaga GMsue & Kamasutra Strong Oil.
  3. Pendapatan RM 800, RM 1000, RM 35,000 SETIAP BULAN SEUMUR HIDUP!! (tanpa perlu buat jualan) Bukan Skim Cepat Tipu, Bukan MLM.
  4. KAD KEAHLIAN SEUMUR HIDUP PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA.
  5. VIP PRIVILEGE CARD GAYONG MAARIFAT GROUP CLUB MEMBER, di mana pemegang kad ini akan mendapat keistimewaan dan potongan harga serta bonus pembelian bernilai 10% – 20% ketika berurusan di Rangkaian Pusat Perniagaan Gayong Maarifat Group of Companies.
  6. Khairat kematian bagi pemegang kad ini bernilai RM 250 – RM 500.
  7. Insurans Kemalangan Diri bernilai RM 5000 – RM 10,000.
  8. Buku Katalog atau Direktori tentang perkhidmatan Rangkaian Pusat Perniagaan Gayong Maarifat Group of Companies. Buku Katalog atau Direktori akan dikirim melalui pos setiap 3 bulan sekali.
  9. Peluang perniagaan yang lumayan akan anda nikmati sekiranya anda berminat.

Siapa yang layak menyertai ??

Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar IPTA/IPTS, Suri Rumahtangga, Pekerja Swasta, Pekerja Kerajaan dll.

Syarat Penyertaan

  1. Yuran kursus sehari Ilmu Gerak Tenaga Rohaniah : RM300.00 (sekali seumur hidup).
  2. Berumur 15 tahun – 50 tahun
  3. Beragama Islam
  4. Lelaki @ Wanita

Kursus Anjuran bersama :

  • Dewan Perguruan & Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
  • Gayong Maarifat Group of Companies

Wakil Selangor & Kuala Lumpur : 017-230 2140 / 03 – 6184 2825

Wakil Perak : 017- 507 2026 / 017 – 565 9233

Wakil P.Pinang : 014 – 211 4408 / 019 – 945 3479

Wakil Kedah : 012 – 410 6979 / 016 – 414 1955 / 012 – 569 6402

Wakil N.Sembilan : 019 – 322 7397 / 019 – 697 6790

Wakil Melaka : 019 – 953 8407 / 012 – 353 5619

Wakil Johor : 012 – 745 5808 / 013 – 449 5836

Wakil Sabah : 019 – 371 0626 / 017 – 257 1123

Wakil Pahang : 012 – 950 9258 / 012 – 239 1730

Wakil Terengganu : 012 – 950 9258 / 012 -239 1730

Wakil Kelantan : 013 – 968 3786 / 017 – 989 9717

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes